Aku saje-saje la tinjau-tinjau profile Bestfrens aku kat FB. Aktiviti yang wajib akan aku buat tiap kali aku on9. Da alang-alang kite bersosial kat internet nih, tak dapat datang umah, datang kat profile da cukup... Heee. Ade sorang bestfwen aku nih ade share notes kat wall de. "30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki.." macam best je tajuk. nak tau jugak. Bab aku ni pon pompan gak... Tak tau pulak aku selame ni ade 30 perkare yang sebenarnye aku sendiwi tak sempat nak bgtau laki aku. Hee.. Jom, jom kite same-same cari tau..huhuhu... =D
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (Kang kalau nanges depan de, kate kite ni lemah pulak..)
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (Ofcos ler. Saye perlukan ketenangan untuk pujuk hati saye sendiwi.)
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (Tapi kenape ehk??)
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (hmmm... thinking...)
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (CAIR LA PULAK!! Huh selekeh je nak cair-cair nih!)
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (>,<! tu de wanita... heee)
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. (erm... wat ape la terhegeh-hegeh kat orang yang taknak kt kite. Macam la de sowg laki dalam dunie nih. Malu siot.. Jatuh maruah den sebagai pompan klu terhegeh-hegeh kat laki yang tak sudi kat kite)
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. (erm.. )
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (yes.. aku x pandai nak berpuisi. Lukisan pon tak la secantik mane tapi aku suke buat sesuati dengan hasil tangan sendiwi pas uh bagi kat si de x pon bagi lagu jerk.. huhuh)
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. (yes.. rase macam menyemak kowt kat dalam hidup laki tu)
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (sebenarnye sape2 pon bley down bile orang len bersikap terlalu serius. It apply to anyone)
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (ye ke? aku tak buat macam tu pon. Tapi Nana selalu buat bile de suke kt sesorang laki nih. Tapi tu dulu)
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. (btol ke? nak test la.. ade laki2 nak men senyum2 ngan aku tak? nak jugak try tafsir senyuman orang)
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.(no comment)
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (Yes! its very irritating and annoying!)
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. (no comment)
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! (Btol!!)
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (erk...)
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (cube belajar sikit amek aty pompan... huhuhu)
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (ye ke? aku x buat pon.. sebab tak penting sume tu. Bende remeh temeh...)
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (Yes. Kite tak perlu pandang belakang. Sebab ape yang lepas, tak mungkin akan datang balik)
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (ye la tu kowt.. hehehe)
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (tak jugak. Tapi ade betul nye jugak...)
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik. (Moral of the story.. jangan perasan dan jangan terlalu berharap)
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (Truly Agree!)
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (Ofcos la! ade ke orang nak kan laki yang cinte kan diri nye sekerat hati jerk.. huhuhu)
27. Senjata wanita adalah airmata!! (kelemahan aku sendiri.. Aku tak boley nak menipu... Lumrah bagi setiap wanita.. macam mane tinggi pon ego nye.. tetap airmate tu akan keluar jugak)
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (yes tapi agak-agak le ye kalau nak bersuprise pon.. huhuhu)
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... (ye ke ni???)
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (=D)
Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)
No comments:
Post a Comment