Leave Me A Kiss

Friday, 8 July 2011

Disebalik Selindung hati Perempuan

Kadang-kadang die sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menanggis dia dalam senyap... Menangis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman yang terukir.

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir... Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya... Dan seolah-olah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalir air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan, mungkin dia akan melakukan perkara di luar kawalan... Bimbinglah dia... Tenangkan lah hatinya...

Disaat menitis airmatanya itu, jarang kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata-kata kamu itu sebagai pemangkin semangat yang membara. Dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan menggenggam erat tangan mu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu beranggapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya akan terasa gembira jika seseorang yang dia cintai memberitahu sedang merindukannya.. Apabila perempuan kata dia rindu, dia benar-benar maksudkannya. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.

Apabila dia berkata lelaki lain lebih baik dari kamu, janganlah percaya katanya. Kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik dimatanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi dihatinya, kamu tetap yang terbaik. Kerana kamulah dunianya selamanya.

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah hati perempuan sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut andai akhirnya dia merubah fikirannya dalam masa sesaat. 

Dan kadang apabila dia berkata "tolong tinggalkan saya!" dia tidak bermaksud menyuruh kamu pergi meninggalkannya selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya buat sementara. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu. Perempuan sangat susah untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.

Seseorang yang dimaksudkan disini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya. Jika kamu bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkah kamu pasti tiada hasilnya. Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, susah untuknya melepaskan dia dari jiwanya. Masa yang panjang belum tentu dapat memulihkan hatinya.

No comments: