Aku tak reti nak menunjukkan expresi merajuk ape tah lagi nak kate "aku merajuk ni.." Walaupon aku cube gune ayat tu kekadang aku akan tetap rase janggal. Entah.. It sounds so gedik kowt bagi aku. Hal kecik pon nak merajuk, macam nak kene sekeh jer... ~sikit-sikit nak merajuk.. huh!
Macam tu la reaksi aku kalau brhadapan dengan orang yang kuat merajuk. Aku memang jenis tak akan menunjukkan perasaan aku sebenar. Tak tau ler... Memang dari dulu perangai aku macam ni. Aku lebih suke pendam dan simpan sendiri. Aku tak reti tunjukkan kat orang yang aku tengah merajuk, tapi sebenanye hati aku sedih gile touching habes. Terase makan dalam... Memang orang tak akan tau la bile aku terase dan bile aku touching.
Diam aku selalunye bermakne. Diam aku bermakne aku nak bawak diri. Bawak diri sementare nak ilangkan rajuk hati sendiri. Rajuk aku tak lame. Tapi kesan terluke dan terase tu akan sentiase kekal. Aku boleh lupekan anggap bende yang dah lepas tu tak ade yang terjadi, tapi aku akan ingat sampai bile-bile. Bukan berdendam, tapi sekadar peringatan pade diri sendiri yang aku pernah terluke kerane itu. Sebab kan tu jugak bile-bile mase perasaan sedih tu akan terundang balik. So jangan tanye la kalau adekalenye aku terdiam membisu.
Kalau dah merajuk, pandai-pandailah pujuk diri sendiri. Sebab pendirian aku, kalau sesorang tu merajuk adalah kerana kerelaan hati sendiri. Tak pernah ade sebab yang membuatkan orang lain terniat nak buat kite marajuk. Hak individu yang terase macam nak menggedik de akan merajuk. Kesimpulannye da tau nak merajuk pepandai la pujuk diri sendiri. Jangan nak harapkan orang lain pergi pujuk. Ape yang aku nak kate kat sini aku memang jenis tak reti nak memujuk orang sebab aku pegang teguh dengan prinsip aku yang kat atas ni. Tak payah la nak mengade-ngade harapkan aku datang memujuk~memang tak akan la.. Even kalau aku merajuk sekali pon, memang aku tak akan tunjuk dan make itu tak payah la bersusah payah buang mase untuk pujuk aku. Rajuk aku tak perlu dipujuk. Cume yang aku mintak sedar akan kesilapan dan cube takkan buat lagi. Sekadar kate maaf pon dah cukup bagi aku.
Akhir sekali, memang aku seorang yang sangat sensitif dan mudah terase. Disebabkan itu jugak la aku mudha terluke tapi tak mudah untuk aku tunjukkan perasaan sebenar. Rajuk aku akan aku sembunyikan tapi yakin dan sedarlah sebenarnye aku amat terase dan sedih. All i can say is, i'm begging not to hurt my feelings again. I may not show. But it hurts a lot.