Leave Me A Kiss

Monday, 27 February 2012

Top Up

Semalam tidor lambat lagi. Pukul 4 lebih baru lelap. Bayangkan.. nak tido pon nak kene amek 1 jam untuk tido dengan nyenyak. Sedar je dah pukul 7.30 pagi. Kelas pukul 8 pagi. Hebat kan dalam mase 30min aku dapat siapkan diri untuk kelas. Dalam waktu yang same jantung tak tenteram. Berdebar je.

Kelas Web Projek selame 3 jam memang relaxing. Naseb baik tak ade teori. Kalau ade teori memang aku dah tido la... Lecturer pon tak masuk so do own business la kat lab tu. Sepanjang 3 jam tu sambil buat projek mate ni memang payah betol nak bukak. Mengantok beb... Bile mate segar pulak jantung berdebar... Ho!!! Allah je yang tau.

Memang satu hari ni aku count down jer. Tepat pukul 10 pagi makin kencang lak jantung aku. Saket dade... Sesak nafas pon ade. Tinggal tunggu mase je nak buat exam MUET. 

Orang anggap aku dah teror. Pdahal, padahal... Teror la sangat kan speaking ni... Dah bertahun-tahun aku jarang speaking. Bile nak buat exam ni rase gugup lak. Ari tu trial pon men hentam je ayat BI. broken habes. Mengantok ngantok pon sampai terbawak rase debaran tu. 

Pukul 11.30 pagi masuk waiting room. Ish!!! Nak terkeluar anak jantung aku! Memang tak bley duduk diam la dalam bilik tu sementare tunggu giliran. Pusing kanan pusing kiri... naik kan kerusi, turunkan kerusi. Macam-macam gaye dah aku buat dalam bilik tu nak hilangkan rase takut. Kak Ain pengawas bilik waiting room tu pon geleng kepale je tengok ragam aku dengan Ieqa and Eima yang macam cacing kepanasan.

Hari ni giliran matrik nombor 1 sampai nombor 6. Aku antare nye yang bernombor giliran empat. Tolak nombor matrik yang pertame, memang dikire aku yang ke 3. Naseb baik sebelum giliran budak kelas aku, kelas DIB buat exam MUET dulu. Eima dapat group dengan Afiq and Qayah(DIB). Aku pulak dapat group dengan Ieqa and Nad. Tunggu giliran masuk bilik exam tu pukul 1.30 petang. Macam nak balek je ostel mase tu. hehehe... Tapi berdoa je banyak-banyak.. selawat macam-macam doa aku bace. sepanjang tu aku doa mintak Allah tenangkan degupan jantung aku.

Akhirnye, alhamdulillah walaupon ade tersangkut semuenye berjalan dengan lancar. Group member pulak semue tolong menolong so insyallah Allah dah permudahkan urusan kiteorang. Harap hati pemerikse pon murah hati nak bagi markah kat kiteorang. Mudah-mudahan kite semue lulus ye. Insyallah, amin.

30 min buat exam speaking MUET. keluar je bilik exam terus balik bilik dengan Ieqa. Kelas Sir Ehsan pon cancel so bermaharajelela la aku nak bersantai tenangkan diri. Bukak segale yang boleh dibukak la bile masuk bilik. Lepas tu terus ke landing kat katil. Online kejap lepas tu off to sleep. Top up balik mase tak cukup tido beberape hari yang lalu ni. 

Kalau sebelum ni aku tido petang, maghrib baru bangun. Tapi satu pencapaian hari ni, aku tido pukul 2 30 tadi bangun pukul 5.30 petang. Hehehee Maknenye tak oversleep la.. heee.. Duduk-duduk berchit chat dengan Eima pasal aktiviti cuti kat rumah. Sampau pukul 6.30 baru aku nak pergi mandi. 

Ha... part ni lagi hebat. Dari pukul 6.30 petang sampai pukul 8.25 malam baru aku keluar bilik air. Heheeee.. semue pelik nape aku mandy lambat sangat. Aku rase sekarang emosi aku dah kurang sikit. Cari ketenangan dalam bilik air duduk bawah shower. sedapnye.... Tenang je dengar bunyi air. Rase macam semue kesedihan dah bawak pergi dengan air mengalir. Tapi tak tau la dapat bertahan bape lame. So sekarang ni aku nak tenangkan fikiran. Mase untuk projek. Ade due projek nak kene buat dalam mase sebulan ni. 

Dah cukup panjang dah ni aku mencarut. Kene disiplin kan diri sekarang ni ye. okay. dah sudah da tu. Alright. Sambung esok ye. ~turn on the project mood. =)