Leave Me A Kiss

Wednesday, 7 March 2012

Rintihan Hati Seorang AKU

Ada hati tapi tidak tahu menilai.. Kerana akan suramnya cahaya itu, menidakkan rasa yang seharusnya di hargai.. Membiarkan dengan pandangan sepi hingga kadang mengundangkan bahasa sunyi.. Sungguh akan terasa begitu mencengkam rasa dalam dakap dada ini erti kesedihan..

Jiwa adalah sarang kebahagiaan, taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.. Memberi satu laluan yang tiada penatnya bagai sungai jernih yang mengalir laju ke laut.. Bagai deruan ombak yang tak henti henti membadai pantai..

Seandainya jika ada rasa di hati untuk memaafkan atas kekurangan aku ini.. Akan terasa bertapa ringan akan beban yang dipikul.. Melangkah ke arus yang lebih punyai keyakinan diri..

Dan masih lagi terasa ngilunya rasa semalam



Biar saja aku begini.. Biarlah aku sendiri.. Usah pandang wajahku.. Usah di dengar suaraku.. Kelak bila hilang rasa sakit ini, aku kan kembali..
Merasakan diri semakin jauh pada nikmatNya, betapa gelapnya terasa di jiwa.. Hanyut tanpa ada satu tautan yang hendak digapai.. Dan semakin lama semakin hilang arah tuju.. Kadang jua merasakan satu kepayahan di dalam jiwa untuk menyelami apa erti kebahagiaan sedangkan bahagia itu ada..Tapi hati dah tak lagi percaya akan erti sebenar sebuah kebahagiaan. Ada di  dalam hati yang seharusnya menilai..
Ada rasa tidak terasa nikmatnya.. Apalah yang menjadi bebanan hinggakan sampai satu tika merasakan menangis bukan lagi satu pilihan.. Buat hati yang kecewa pada erti bahagia, mengadulah padaNya.. Dan yang mungkin akan datang lebih terbaik dari yang tertoleh di belakang
Beruntunglah pada hati hati yang memiliki ketenangan jiwa yang di cari.. Mendayu rasa sebak di dada bila masih ada lagi kerunsingan dan ketakutan yang amat sangat tentang rasa jiwa yang hilang.. Semakin hilang di rasai.. Semakin sakit tersiksa..Tapi masih mencuba untuk terus gagah dan tabah melaluinya...
Dan aku sebenarnya belum layak untuk mencintai dan dicintai..  Menyintai ibu dan ayah... abang dan adik-adik... kekasih dan sahabat handai...  Menyintai dengan sepenuh hati.. Menyintai dengan rasa yang tinggi.. Namun jauh sudut hatiku ingin dicintai.. Ya.. Itulah aku.. Punyai rasa yang semakin hilang akan diri..

Dan kerana luka semalam.. Aku tahan perasaan ini kerana kekecewaan sebelumnya.. Hingga ada rasa jiwa yang tertinggal.. Yang semakin pupus di mamah akan kehilangan pudarnya kepercayaan.. Hingga satu masa.. Sampai bila aku juga tak pasti..


Dan sesungguhnya..
Tidak aku benarkan hatiku melainkan Allah hadirkan perasaan cinta itu pada hati yang tahu menilai.. Dan Allah hadirkan perasaan cinta padaku padanya tidak melebihi cintaku padaNya..

Aku tak mahu hanya sekadar memenuhi perasaan sedangkan itu bukan ketentuan.. Kerana aku tahu sakitnya mencintai tetapi dikhianati..
Kadang hati hanya berbicara bisu dalam melupakan kesakitan yang dilukai akibat kekecewaan dengan lirikan senyuman yang terukir.. Namun itu hanya menutup perit yang dirasa, sedangkan pedih itu tetap ada kesannya ~
****


Melayani suasana bisu bila seseorang punyai lelah dan ketakutan di dalam mencari dan menerima cinta yang ada.. Hari mendatang hanya sunyi dan sepi.. 














Read more: http://www.sentuhanmaya.com/2012/03/ratapan-bisu-luka-semalam.html#ixzz1oOV1A511